Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Terharu Jumpa Cakra Khan, Siti Nurhaliza Harap Dapat Kongsi Pentas Lagi

today11 November 2022

Background

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa terharu apabila berjumpa dengan penyanyi Indonesia, Cakra Khan di ibu kota baru-baru ini.

Tambah Siti, dia berharap agar diberi ruang sekali lagi untuk bersama Cakra Khan untuk beraksi dalam satu pentas.

“Siti terharu sebab Cakra singgah sebentar walaupun tak dapat menonton konsert Siti malam ni tapi Insya-Allah kita pasti gabung lagi untuk konsert.

“Beliau sudi datang bertemu dan kami sempat menyanyikan lagu seluruh Cinta,” ujar Siti.

Menerusi perkongsian itu, Siti dan Cakra turut menyanyikan lagu duet mereka iaitu Seluruh Cinta dengan penuh merdu.

Seluruh Cinta menjadi karya bermakna buat Siti dan Cakra apabila dihasilkan pada tahun 2014 itu menjadi fenomena buat peminat bukan sahaja di Malaysia bahkan di Indonesia.

Pelantun lagu Nian Di Hati itu juga sempat menitipkan ucapan buat Cakra agar konsert sulung penyanyi itu di Malaysia berjalan dengan lancar.

“Lagu duet kami ini sangat bermakna, dirakamkam 7 tahun lalu dan kini mencatat 76 juta tonton di YouTube.

“Terus sukses Cakra, moga lancar konsert di KL nanti,” tulis Siti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Difahamkan pertemuan itu diadakan sebelum Siti membuat persembahan amal Music Of The Soul Siti Nurhaliza pada Ahad lalu.

Sekadar info, Cakra Khan juga pernah berkongsi pentas bersama Siti Nurhaliza apabila dijemput sebagai artis undangan di Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends pada 2016.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan kagum apabila dapat mendengar nyanyian Siti dan Cakra setelah sekian lama tidak bernyanyi bersama malah ramai juga menyatakan lagu Seluruh Cinta adalah lagu kegemaran mereka sejak dilancarkan 7 tahun lalu.

Written by: Aqilah


Previous post