Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering menjadi perhatian ramai.
Tidak kurang juga dua cahaya mata mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang sering menghibur dan mencairkan hati netizen dengan telatah-telatah comel mereka.
https://www.instagram.com/p/B67wpADg5F4/
https://www.instagram.com/p/B60ef4bJfkP/
Terbaru, satu foto dan video menyaksikan Yusuf memeluk adiknya mencuri perhatian peminat selepas ia dimuat naik menerusi Instagram Yusuf.
https://www.instagram.com/p/B7BH3R9pzm6/
Setakat artikel ini ditulis, video yang dikongsikan pada malam Selasa lalu itu telah meraih lebih 233,000 tanda suka dengan rata-rata peminat geram melihat keakraban dua beradik ini yang tersangat comel. Bak kata orang putih, cuteness overload!
Sebagai rekod, Hanis dan Hairul telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar, 3, dan Alisa Aishah yang kini berusia tujuh bulan.
Post comments (0)