Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Zoey Rahman Tayang Neckbone, Warganet Tak Keruan!

today20 August 2022

Background

Pelakon Zoey Rahman sekali lagi mencuri perhatian pengikutnya selepas sebuah video tular di aplikasi TikTok dan Instagram memaparkan dirinya seakan mendedahkan bentuk tulang lehernya.

Video berdurasi 10 saat itu menunjukkan Zoey menutup bahagian depan badannya dengan sebuah sticker, lalu dia bergerak ke belakang sedikit untuk menampakkan separuh susuk badannya.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah netizen seakan tidak keruan dan hanya tertumpu kepada bahagian ketiak yang ditonjolkan Zoey.

Rata-rata netizen berkata ketiak Zoey tampak sangat bersih dan putih, tidak seperti segelintir lelaki lain yang tidak menjaga kebersihan diri sendiri.

Ada juga dalam kalangan netizen yang sempat bergurau dengan memanggil Zoey sebagai β€˜daddy’ di ruangan komen.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak lebih 700,000 tontonan, 700 komen, dan 2,000 pengikut yang menyimpan video itu.

[/video]

Sebelum ini, Zoey turut menjadi bualan netizen ketika dia memberi ucapan manis kepada aktres jelita, Anna Jobling sehingga dikatakan terkena β€˜friendzone’.

Artikel Berkaitan:Β [VIDEO] Zoey Rahman Wish Birthday Anna Jobling, Netizen Harap Kekal Tabah – β€œKesian Kena β€˜Friendzone’”

Written by: Aqilah


Previous post