Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Wah, Bentuk Badan Terkini Shaheizy Sam Buat Peminat Excited!

today21 September 2022

Background

Pelakon Shaheizy Sam mengakui dia terpaksa bekerja keras untuk menurunkan berat badan demi menjayakan sesuah watak.

Terbaharu, Shaheizy atau lebih mesra disapa Sam ada membuat perkongsian bersama peminatnya di Instagram terhadap tubuh badannya yang kembali β€˜sado’.

Menerusi perkongsian tersebut, Sam dilihat sedang bersenam di gimnasium sambil menunjukkan tubuh badannya yang berketak.

β€œBoleh ke kurus kalau tak pergi gym? Boleh!! Yang penting, jangan tipu diri sendiri!! Tak paham, la,” tulis Shaheizy Sam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Difahamkan Sam juga mendapatkan khidmat jurulatih peribadi untuk mendapatkan bentuk badan seperti yang dimahukan selain mengamalkan pelan diet pemakanan satu hidangan sehari.

Dalam perkembangan lain, Sam juga bakal tampil dalam filem aksi ketenteraan, Mallbatt Misi Bakara yang akan ditayangkan pada Bulan Kemerdekaan tahun hadapan.

Tinjauan Hotfm di ruangan komen mendapati rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat transformasi Sam yang berjaya menurukan berat badan selepas memilik tubuh yang agak gempal sebelum ini.

Sumber: Instagram Shaheizy_sam

Written by: Aqilah


Previous post