Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wajah Terkini Gadis Yang Menghiasi Botol F&N Tular

today4 March 2020

Background

Kalau anda selalu ke pasar raya terutamanya pada bahagian minuman, antara barang yang akan terlintas di hadapan anda pastinya kordial jenama F&N yang mempunyai pelbagai perisa seperti Sirap Ros, Oren, Sarsaparilla, Rutbir, Anggur dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi pada musim perayaan seperti Aidilfitri, kebiasaannya ia menjadi satu kewajipan untuk dibeli, malah pihak pasar raya juga akan meletakkan kordial itu pada bahagian promosi.

Image result for f&n kordial pasar raya

Bagaimanapun, tahukah anda siapakah wajah yang menghiasi botol berkenaan? Ada yang mengatakan ia seperti wajah pelakon Liyana Jasmay. Namun sebenarnya bukan pelakon tersebut, sebaliknya seorang gadis yang bernamaΒ Madihah Mohd Firdaus yang kini sudah pun berusia 22 tahun.

Kisah gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini bermula apabila dia berusia lima tahun dan ia adalah pekerjaanΒ pertamanya sebagai model iklan kanak-kanak.

Menurut satu portal hiburan online, Madihah ketika menyertai sesi fotografi tersebut tidak mempunyai mood untuk mengambil gambar sehingga terpaksa dipujuk oleh ayahnya dengan aiskrim kegemarannya sekiranya dia bersetuju untuk meneruskan penggambaran.

Namun, menurut Madihah ia adalah kali pertama dan terakhir kemunculannya dalam iklan walaupun selepas itu dia adaΒ mendapat beberapa tawaran lain.

Image result for f&n kordial pasar raya

Bagaimanapun katanya, dia tidak keberatan untuk menerima sebarang tawaran sebagai model sekiranya ia bersesuaian dengannya padaΒ masa hadapan.

https://www.instagram.com/p/B7A7FjvF_wC/

Tambah Madihah lagi, tumpuannya kini adalah untuk menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dan bercita-cita untuk bergelarΒ seorang jurutera.

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *