Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Walau Tak Semahal Mana…” – Rezeki Selepas Bernikah, Usop Beli Kereta Mercedes

today8 June 2022

Background

Penyanyi Usop akhirnya mencapai hasratnya untuk memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz AMG selepas sudah lama menyimpan impian.

Melalui perkongsian di Instagram, Usop atau nama sebenar Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, dia sangat bersyukur dengan rezeki itu.

“Alhamdulilah dapat juga pakai, dulu asyik tengok je orang naik. Syukur Allah bagi merasa nikmat dunia. Walaupun tak semahal mana, aku tetap bersyukur.

“Terima kasih Baba, Mama dan isteri sebab selalu mendoakan saya. Love you all so much,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial)

Menurutnya, dia sudah lama pasang impian untuk memandu kereta itu dan tidak menyangka mampu memilikinya di usia yang muda.

“Saya sudah lama pasang impian mahu memiliki kereta seperti itu. Selama ini saya hanya tengok atas jalan raya orang lain memandu kereta tersebut.

“Kebetulan ada orang mahu membeli kereta lama saya dan dapatlah duit itu digunakan sebagai wang pendahuluan untuk beli kereta baharu ini.

“Syukur akhirnya impian tercapai! Selepas ini saya mahu membeli rumah sendiri pula. Saya anggap ini semua rezeki selepas berkahwin,” katanya.

Kata penyanyi lagu Lenyap ini, kereta yang dianggarkan berharga lebih RM100,000 itu dibeli sejak April lalu.

Usop juga menyedari komitmen memiliki kenderaan mewah adalah tinggi dan dia sudah menyediakan wang simpanan supaya tidak terbeban pada masa akan datang.

“Sekarang ini apa sahaja yang saya nak buat tak boleh fikir diri sendiri sebab sudah berkahwin. Saya harus utamakan isteri dan keluarga. Apa lagi saya bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

“Saya tahu komitmen hidup semakin tinggi, jadi saya sudah siapkan wang simpanan pelaburan untuk digunakan di masa akan datang.

“Saya juga tidak boleh terlalu ‘demand’ dalam menerima tawaran kerja. Apa sahaja tawaran yang datang saya terima,” ujarnya.

Untuk rekod, Usop mendirikan rumah tangga bersama isteri, Nur Fatihah Md Hashim pada 4 Februari lalu dan mengumumkan bakal menimang cahaya mata pada Mac lalu.

Sumber: mStar

Written by: Salma


Previous post