Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Wani Kayrie Selit Elemen Dangdut Dalam Magika

today8 November 2019

Background

Penyanyi yang popular dengan lagu Jangan-Jangan Oktober lalu telah melancarkan single terbaharu berjudul Magika.

Lagu yang mendapat sentuhan daripada Omar K, Ikhwan Fatanna, John Jeeves, Blaine Bakri dan Exactesy itu turut mengeluarkan muzik video di laman Youtube.

Menjengah ke laman Youtube, rata-rata teruja selain memberi reaksi postitif terhadap lagu baharu itu.

  • @amirultubeHD:Β Fuh ada selit dangdut dlm lagu ni , cayalah wani !
  • @atienlala:Β Best2.. Xsia sia tnggu.. Sdap.. Suara ade lenggok2 dngdut.. Hope lagu ni boleh naik kn nama wanie.
  • @muhammadiskandar:Β 2:13 Part yg dangdut tu membuatku terlalu leka dengan magika. Congratulations Wanie Kayrie

Sementara itu, bayangan pelakon Afieq Syazwan turut muncul dalam video muzik berkenaan menjadikan ramai yang tertanya-tanya hubungan mereka.

Menurut Wani,Β dia dan Afieq sudah lama berkenalan, namun hubungan mereka mula rapat sejak sama-sama menyertai sebuah program realiti tahun lalu.

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *