Menerusi posting yang dimuat naik oleh Fahmie Othman yang merupakan seorang ejen insurans, dia berkongsi tangkap layar yang dihantar oleh salah seorang pelanggannya.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila wanita berkenaan menyuarakan rasa bengang selepas adik iparnya menerima hibah RM300,000 daripada arwah adiknya yang telah meninggal empat tahun lepas.
Menurut wanita itu, dia tidak berpuas hati kerana isteri arwah adiknya tidak berkongsi duit yang diterima daripada si mati.
Malah, dia bertanya tentang isu faraid dan mahu duit tersebut dikongsi bersama keluarga dan adik-beradik lain kerana mendakwa RM300,000 adalah satu jumlah yang banyak.