Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, perintah reman terhadap wanita itu dibuat esok.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita kerana membuat kenyataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak dalam satu video di laman sosial TikTok.
Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditangkap di satu kawasan tempat letak kereta di Klang.
“Suspek disyaki memuatnaik video yang mengandungi kenyataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak di akaun TikTok pada 1 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, polis turut merampas satu telefon bimbit jenis Vivo Y15A dan dua keping kad SIM daripada suspek.
Menurutnya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap raja atau…