Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wanita ditahan cuba seludup 14 anjing bernilai lebih RM100,000

today5 August 2022

Background



Polis berkata, semua anjing itu dianggarkan bernilai RM112,000 dipercayai diseludup dari Thailand. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Cubaan seorang wanita menyeludup 14 ekor anjing bernilai lebih RM100,000 gagal selepas ditahan dalam sekatan jalan raya di Lalang Pepuyu, Bukit Bunga dekat Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 25 tahun memandu kereta jenis Proton Wira ditahan pada 11.30 pagi.

Menurutnya, anggota Batalion 8, Pasukan Gerakan Am menjalankan pemeriksaan dalam kereta itu sebelum menemui sangkar mengandungi 14 ekor anjing.

β€œSiasatan mendapati, kesemua anjing itu dianggarkan bernilai RM112,000 dipercayai diseludup dari Thailand.

β€œSuspek telah ditahan dan kesemua anjing itu dibawa ke Balai Polis Lalang Pepuyu di sini untuk tindakan lanjut,” katanya menurut laporan Kosmo.

Menurut Muhamad Zaki, anjing itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post