Seorang wanita berusia 22 tahun di Armenia hidup dalam keseksaan apabila air mata yang keluar daripada matanya adalah dalam bentuk kristal yang berketul-ketul!
Menerusi sebuah portal hiburan online, sekumpulan doktor kini sedang menyiasat mengenai kes wanita ini.
Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Satenik Kazaryan itu menitiskan 50 air mata berbentuk kristal setiap hari dan ia sangat memeritkan.
Walaupun sudah bertemu doktor dan diberikan ubat, tangisan kristal itu keluar lebih kerap dari sebelumnya.
Buntu mencari jalan keluar, doktor di sana mencadangkan wanita berkenaan mendapatkan rawatan di luar negara.
Post comments (0)