Wanita melayu berumur 21 tahun itu merupakan pekerja di sebuah kedai menjual aiskrim di Taman Sri Muda, Shah Alam. Sementara menunggu pekerja lain untuk masuk bertugas, dia didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali di kedainya.
Pada 12 Ogos 2024 jam lebih kurang 11.40 pagi, pihak Polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut daripada abang kepada mangsa yang merupakan satu lelaki melayu berumur 36 tahun bekerja sebagai pemandu Grab.