![](https://media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2024/07/3853844c-2_scammer_user_moganraj_fmt_04072024-copy-7.webp)
MELAKA: Seorang wanita sanggup menipu keluarga dengan mendakwa dia diculik dan meminta wang tebusan sebanyak RM70,000 kerana terdesak untuk menyelesaikan hutangnya dengan ‘Ah Long’.
Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata wanita berusia 55 tahun itu ditahan polis kira-kira 3.30 pagi tadi semasa dia ditemui di surau stesen pam minyak di Taman Sri Maharani, Muar, Johor.
“Kehilangan wanita itu dilaporkan anak lelakinya berusia 22 tahun selepas dia menerima pesanan mesej daripada nombor telefon mangsa yang memaklumkan ibunya telah dilarikan selain meminta wang sebanyak RM70,000.
“Sebelum itu pada 11.15 pagi semalam, wanita itu meminta anaknya menghantar dia ke pasar raya di Peringgit dan kemudian keluar dari kereta kerana mahu membayar bil telefon tetapi dia didapati hilang selepas lebih sejam setengah anaknya mencari di…