Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Wany Hasrita Gembira Dapat ‘Bagi’ Masa Pada Ibu

today30 April 2020

Background

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak aktiviti berguna boleh dilakukan walau di mana sahaja anda berada.

Bagi penyanyi popular Wany Hasrita, dia memanfaatkan sepenuhnya tempoh itu dengan meluangkan masa bersama ibu tersayang, Norita Jaafar di rumah.

Kata Wany, dia cukup gembira dapat memberi masa yang banyak kepada ibunya sepanjang PKP memandangkan sebelum ini jadual kerjanya selalu sibuk sehingga terpaksa meninggalkan ibunya seorang diri di rumah sampai lewat malam.

Antara aktiviti yang dilakukan Wany bersama ibunya termasuklah mengemas rumah, memasak, menonton drama Korea bersama-sama.

Kata pelantun lagu Canggung itu kepada peminat, agar menggunakan masa yang ada sebaik mungkin ketika PKP ini.

Jelas seronok wajah Wany dapat luangkan masa dengan ibu ketika PKP ini. Bagaimana pula dengan anda?

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *