Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Wany, Jamal Lancar Lagu Duet “Belenggu Rindu”

today3 September 2019

Background

Penyanyi, Wany Hasrita baru sahaja melancarkan lagu duetnya bersama Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah pada Isnin.

Lagu yang diberi judul Belenggu Rindu itu adalah hasil ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Hael Husaini serta Ezra Kong.

Untuk pengetahuan, Wany amat meminati Jamal sejak dahulu lagi dan akhirnya impian Wany untuk berduet dengan penyanyi legenda itu menjadi nyata.

Belenggu Rindu berkonsep pop dan berkisar tentang nasihat insan lebih berpengalaman kepada golongan muda mengenai hal kehidupan dan percintaan.

Sejak dilancarkan jam 6 petang semalam, lagu tersebut telah meraih lebih 88K jumlah tontonan di laman YouTube.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *