Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah, 108 peluru

today27 February 2025

Background


Gavel
Omar Busari mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Hayda Faridzal Abu Hasan. (Gambar Pexels)

PETALING JAYA: Seorang warga emas didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas dua pertuduhan memiliki senapang patah dan lebih 100 butir peluru tanpa permit minggu lalu.

Harian Metro melaporkan Omar Busari, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didapati memiliki selaras senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru “buckshot” (12 bore) tanpa lesen atau permit senjata di Nombor 42 Ladang Pasir Panjang, Kota Tinggi, pada 12 tengah hari 21 Feb lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan warga emas itu ditahan bersama senjata api disyaki…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters