
KUANTAN: Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras semasa meredah banjir kilat di pekan Sungai Lembing di sini semalam.
Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Lee Yie Chong, 62, pemilik sebuah kedai, dilaporkan hilang kira-kira 7 malam.
“Mangsa dikatakan meredah air paras pinggang bersama isteri dan anak lelakinya untuk ke kereta di kawasan tinggi di seberang jalan untuk pulang ke rumah selepas selesai memindahkan barang ke tingkat atas kedai mereka.
“Dalam perjalanan (ke kereta), mangsa yang berada di tengah dikatakan memberitahu isterinya dia kepenatan sebelum hilang dihanyutkan arus deras,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, isteri dan anak mangsa difahamkan sempat berpaut pada sebatang tiang sebelum diselamatkan.
Banjir kilat itu susulan hujan lebat…