Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Warganet Jealous Daiyan Trisha Jumpa Win Metawin, Bintang Terkenal Thailand

today25 November 2022

Background

Sudah pasti ramai yang mengetahui pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha sering kali berjumpa dan berkongsi foto bersama pelakon-pelakon antarabangsa.

Terbaharu, tular sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Daiyan di laman TikTok sehingga sekali lagi berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi perkongsian itu, Daiyan sedang ‘selfie’ dan bergambar bersama pelakon dan model popular Thailand, Metawin Opas-iamkajorn atau lebih dikenali sebagai Win.

“I Win Tonight,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@daiyantrisha22 i Win tonight !! ☺️ @ @Prada #pradaholiday22 ♬ Do It – Chloe x Halle

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa cemburu dan geram apabila melihat Daiyan sekali lagi bergambar dengan pelakon Thailand.

“Dengan Win pulak. Jumpalah semua Daiyan ambil semua ambil.

“Pergh macam ini saya pun tak ada. Takpelah kak ambil semua jelah yang penting Bright tak boleh.

“Haritu Gulf ini Win pulak haih.

“Aaaa dengan Win pulak.

Malah, ada juga segelintir yang berkata bahawa Daiyan sudah ‘menang’ dalam berjumpa dengan pelbagai artis di luar sana.

“Ye Daiyan. You always win! tak boleh nak disagree.

“You always win Daiyan.

“Winning life.

“You always win haha but today Win is different.

Artikel Berkaitan:Ramai Cemburu Lihat Daiyan Trisha Bergambar Bersama Pelakon Thailand – β€œTutorial How To Be Daiyan…”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 376,000 tontonan, 66,000 tanda suka dan 1,001 komen

Written by: Aqilah