Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Warganet Tuduh Fieya Julia Dah Kahwin, Ini Respons Empunya Badan

today15 August 2022

Background

Penyanyi Fieya Julia tampil bersuara selepas timbul dakwaan yang mengatakan dia sudah berkahwin.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Fieya memuat naik gambar tangkap layar komen seorang netizen yang dikenali sebagai Ramlee yang mendakwa tubuh badan Fieya Julia semakin berisi semenjak berkahwin.

β€œMula-mula tak perasan yang ni FJ (Fieya Julia) sebab dah berisi nampaknya sia semenjak kahwin,” tulis netizen.

Kemudian, Fieya menyangkal dakwaan tersebut di kapsyen dengan mengatakan dia belum pernah mendirikan rumah tangga.

β€œBila masa pulak saya kahwin sedih lah macam ni,” kata Fieya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan-rakan artis mengusik Fieya dengan komen sedih kerana tidak dijemput ke majlis perkahwinannya.

β€œSampai hati tak jemput,” komen Radin Era.

β€œSampai hati kahwin diam-diam,” komen Farisha Iris.

Kredit foto: Murai.my

Written by: Aqilah


Previous post