Presiden Warisan Shafie Apdal berkata keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan memperkukuhkan parti tersebut di Sabah.

SEMPORNA: Warisan memutuskan tidak bertanding pada PRN di Semenanjung membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Presiden Shafie Apdal, berkata keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan memperkukuhkan Warisan di Sabah.
“Saya sudah maklumkan, kita ada satu orang Adun di sana (Adun Teratai Bryan Lai Wai Chong), saya dah nasihat mereka bantu dan jangan bertanding, mereka terima dengan baik.
“Saya juga ada berjumpa dengan Ong Tee Keat di Kuala Lumpur, dia (sebelum ini) bertanding di Parlimen Pandan, saya juga nasihat dan setakat ini sehingga PRN akan datang Warisan tidak akan bertanding,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pemimpin bersama rakyat.
Sebelum ini…