Sering kali membawa watak lelaki romantis menerusi drama lakonannya, pelakon Alif Satar akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan sedikit perubahan untuk tahun ini.
Menurut pengacara ini, dia turut mahu keluar dari zon selesa dengan menerima watak lebih berat.
Bakatnya terus di serlahkan menerusi sebuah drama rantaian Pia yang memaparkan dia menjadi suami yang tegas kepada pelakon Zara Zya.
https://www.instagram.com/p/BxhTIqYlbfu/
“Selama ini saya terikat dengan watak adaptasi novel bercorak romantis. Saya menerima tawaran daripada JS Pictures kerana lihat plot dramanya cukup menyentuh hati.”
Menerusi drama tersebut, Alif memegang watak sebagai Zafran iaitu abang ipar kepada Budi (Naim Daniel) yang mengalami penyakit cerebral palsy.
Keegoan serta keengganan Zafran untuk mengambil berat selain menghantar Budi ke rumah penjagaan orang kurang upaya telah menyentuh hati netizen.
“Untuk Drama ini, saya perlu buat kajian mengenai bahasa isyarat. Tapi saya beruntung kerana ibu bapa pernah mengajar cara berkomunikasi dengan golongan OKU.”
Alif mengakui, menghidupkan watak dalam Pia agak sukar apatah lagi dia perlu menghafal dialog Sheila bagi memudahkan komunikasi.
https://www.instagram.com/p/Bxes7-zh4L0/
Drama Pia kini masih lagi disiarkan menerusi saluran TV3 setiap Rabu hingga Jumaat pada jam 9 malam.
Post comments (0)