Pelakon Natalie Portman diumumkan sebagai Thor untuk francais terbaru Thor berjudul Thor: Love and Thunder.

Pengumuman itu dibuat oleh Marvel semasa pelakon itu membuat kemunculan istimewa di Comic Con International di San Diego.
Filem terbaru itu masih menampilkan Chris Hemsworth bersama Tessa Thompson, di mana Taika Waititi menduduki kerusi pengarah.
Sebelum ini, Portman pernah muncul dalam filem Thor tahun 2011 dan Thor: The Dark World pada 2013 sebagai Jane Foster, teman wanita Thor lakonan Hemsworth.
Thor: Love and Thunder bakal menjengah pawagam pada November 2021.
Post comments (0)