Pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Watie Sadali mengaku pernah melakukan suntikan pada wajahnya iaitu pada bahagian dagu.
Namun, dia meluahkan rasa kesal setiap kali mengimbau kembali tindakannya itu.
Kata Watie ketika ditemui XTRA, kos untuk membuang ‘filler’ pada bahagian dagunya itu sahaja menelan belanja yang sangat tinggi.
“Ketika ini saya tiada buat apa-apa pada wajah, cuma saya ada buang filler pada bahagian dagu.
“Saya menyesal kerana elok je dagu saya dulu. Tapi sebab terikut-ikut orang dan tak fikir panjang.
“Sekarang, nak buang kosnya mahal, beribu… harga sama macam nak bayar downpayment kereta,” ulasnya.
Watie berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Starvendor KL Mega Raya Festival 2025 yang diadakan di Ruang Rama Event Space, Petaling Jaya pada Rabu.
Lebih menyedihkan, ‘filler’ yang disuntik pada wajahnya juga adalah palsu sehingga menyebabkan bentuk dagunya berubah menjadi panjang seperti ahli sihir.
“Benda (filler) itu makan teruk, disebabkan ia dicampur dengan yang tak original.
“Jadi bila guna yang palsu dekat muka, lama-lama dagu saya jadi panjang, nampak buruk seperti ahli sihir,” katanya.
Justeru, Watie menasihatkan agar orang ramai mendapatkan khidmat rawatan di tempat yang betul dan diperakui agar tidak menyesal di kemudian hari.
