
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bandar Baharu Roslan Hashim mendedahkan nombor WhatsApp digodam apabila identitinya digunakan untuk meminjam wang.
Beliau sejak minggu lalu pelik menerima banyak panggilan dan mesej mempersoal apakah benar beliau mahu meminjam wang.
“Sejak seminggu lalu, saya terima banyak panggilan dan mesej bertanyakan apakah betul saya ingin meminjam wang.
“Pada awalnya saya tidak pasti mengapa, namun tidak lama selepas itu baru saya sedar, aplikasi WhatsApp saya digodam,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, beliau turut menjelaskan panggilan panggilan menerusi telefonnya tidak seperti biasa, namun menyangkakan ia disebabkan masalah rangkaian.
“Selepas itu, talian tidak boleh digunakan langsung dan dia kemudian membuat laporan di IPD Bandar Baharu dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya,” katanya.
Roslan…