Pempengaruh dan anak pelakon senior, Kazar Saisi iatu Ira Kazar dikhabarkan bakal mengeluarkan single pertamanya bersama penyanyi, Alan D.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Ira meminta netizen untuk meneka tajuk lagu tersebut dengan memberi tiga pilihan menerusi sebuah pautan ‘poll’.
Uniknya, bekas isteri kepada pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof ini menulis tiga pilihan judul lagu yang lain daripada lain iaitu ‘tak heran’, ‘tak kisah’ dan ‘tak perlu’.
Sebelum ini, Ira teruja berkongsi perkembangan dirinya yang kini sibuk menjalani kehidupan sebagai pempengaruh dan model, selain turut mendapat tawaran membuat lagu.
Pada 5 September lalu, Ira dan Syamsul sah berpisah talak satu selepas wujudnya lafaz cerai taklik ketika pasangan itu masih suami isteri.
Pengesahan lafaz cerai taklik itu disahkan oleh Hakim Syarie Mohd Faizal Habib di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata mahkamah mengesahkan berlakunya lafaz taklik dan sekali gus jatuh talak satu.
Artikel Berkaitan: Nikmati Hidup Selepas Cerai, Ira Kazar Kini Jadi Pempengaruh & Model.. Siap Dapat Tawaran Rakam Lagu!