Musim cuti sekolah akhir tahun yang panjang memberi impak yang hebat kepada tayangan Ejen Ali The Movie, apabila berjaya memungut RM6.4 juta selepas 3 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Datuk Ahmad Izham Omar berkata,
“Semua ini menyuntik semangat kami menghasilkan produk terbaik sebagai tanda sokongan penonton terhadap penerbitan tempatan, terutama filem animasi bertaraf antarabangsa ini.”
“Kami sangat berterima kasih dan berbesar hati menerima maklum balas positif daripada pelbagai kelompok penonton yang memberikan lima bintang kepada Ejen Ali The Movie.”