Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Wow! Lepas 3 Hari, Ejen Ali The Movie Kutip RM6 Juta!

today2 December 2019

Background

Musim cuti sekolah akhir tahun yang panjang memberi impak yang hebat kepada tayangan Ejen Ali The Movie, apabila berjaya memungut RM6.4 juta selepas 3 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Datuk Ahmad Izham Omar berkata,

“Semua ini menyuntik semangat kami menghasilkan produk terbaik sebagai tanda sokongan penonton terhadap penerbitan tempatan, terutama filem animasi bertaraf antarabangsa ini.”

“Kami sangat berterima kasih dan berbesar hati menerima maklum balas positif daripada pelbagai kelompok penonton yang memberikan lima bintang kepada Ejen Ali The Movie.”

Sebelum ini, Ejen Ali The Movie mengungguli tempat pertama dalam carta filem box office tempatan dengan kutipan melebihi RM1.8 juta pada hari pertama tayangan Khamis lalu 28 November.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *