Imbas untuk muat turun aplikasi

Story

WOWSHOP Rai 3 Juta Pelanggan Dengan 3 Kali Ganda Ganjaran Dalam Wow You 3 Million

today17 September 2021

Background

Dah ready ke nak jadi antara pelanggan yang bertuah mendapat ganjaran dalam Kempen Wow You 3 Million? Korang tahu ke tak ada apa je dalam kempen ni? Dan ganjaran apa je yang korang berpeluang untuk dapat nanti? Jom check it out!

WOWSHOP, anak syarikat media bersepadu terkemuka di Malaysia, Media Prima Berhad yang merupakan rangkaian beli-belah dari rumah kegemaran rakyat Malaysia memulakan tahun keenam yang cukup mengagumkan sejak 2016. Syarikat beli-belah gergasi ini telah menjual produk bernilai lebih daripada RM1 bilion.Β Dahsyat bukan? Siapa je tak kenal WOWSHOP, memang dah top!

Ketua Pegawai Eksekutif WOWSHOP, Yang Hyun Kim berkata

“5 tahun yang berlalu telah memberikan kami banyak sebab untuk berasa bangga dan meraikan kejayaan-kejayaan kami. Untuk saya, titik pencapaian ini membuktikan lebih daripada sekadar kejayaan perniagaan.”

Dalam kejayaan WOWSHOP juga terselit pelanggan dan kakitangan yang mempercayai antara satu sama lain sebagai sebuah perniagaan yang sentiasa mengutamakan pelanggan.

“Kami sangat gembira meraikan satu lagi titik pencapaian bersama pelanggan-pelanggan kami. Yang paling penting sekali ialah menghadiahkan mereka ganjaran kerana bersama-sama dengan kami daripada mula dan termasuk melalui masa-masa sukar pandemik,” ujarnya lagi.

Kenangan Manis Bersama Pelanggan WOW

Datin Norashikin Habibur Rahman, Ketua Pegawai Operasi WOWSHOP berkata,

β€œKami sangat kagum dengan sokongan hebat pelanggan-pelanggan kami selama ini dan betul-betul rasa bersemangat untuk berkongsi dan meraikan selepas kami mencapai satu lagi titik kejayaan! Oleh kerana itu kami juga gembira untuk berkongsi beberapa detik manis yang menyentuh hati daripada pelanggan-pelanggan kami seperti di bawah.”

  • Bermula daripada kisah seorang nenek di Ampang yang menonton WOWSHOP hampir setiap hari dan membeli dengan konsisten pada setiap minggu. Pembelian terakhir beliau ialah beberapa set telekung untuk dihadiahkan kepada cucu-cucu beliau.
  • Seorang ahli perniagaan wanita di Penang pula membeli secara kerap di dalam talian kerana pulangan tunai yang diberikan!
  • Ada juga pelanggan yang berjiwa usahawan telah membeli produk-produk WOWSHOP untuk dijual semula!

Kisah-kisah ini menyokong misi WOWSHOP yang bukan sahaja mahu memberikan pengalaman beli-belah mudah kepada setiap rumah tetapi juga untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui semangat kebersamaan dan perkongsian.

Kempen Wow You 3 Million Yang Bakal Dinikmati Oleh Pelanggan Yang WowΒ 

Korang boleh tonton siaran langsung WOWSHOP di TV9 pada pukul 8.30 pagi dan di 8TV pada pukul 11.30 pagi.Β  Semua pelanggan yang membeli secara dalam talian akan menikmati ganjaran TIGA KALI GANDA (3X) WOW Cashback dari 13 ke 26 September dan menikmati 3% Diskaun Segera dari 27 Sep ke 3 Okt 2021, tertakluk pada terma dan syarat.

Manakala dekat laman web dan aplikasi WOWSHOP ada jualan-jualan hebat dengan harga di bawah RM49.90, pelancaran pelbagai produk baharu dan eksklusif serta diskaun khas WOW yang khusus hanya sepanjang 27 hari perayaan ini.

Bukan setakat televisyen dan platform dalam talian, WOWSHOP juga akan mengadakan sesi pertemuan mingguan dalam talian Google Meet dengan pelanggan-pelanggan bermula 11 September 2021 untuk berinteraksi dengan WOW Community.

Lapan sesi bakal diadakan pada empat hujung minggu bersama hos rancangan Chef Fikree, Zaim Helmi dan Nadia Hasnan yang bakal memasak bersama pelanggan yang telah membeli produk yang akan digunakan dalam sesi tersebut. Mereka juga akan memperkenalkan produk WOWSHOP terpilih kepada pelanggan baharu dan berkongsi idea penggunaan produk tersebut antaranyaΒ Mugen Breadmaker, Riino Rapid Air Fryer, Europlus Emerald Multi Cooker dan macam-macam aktiviti menarik lagi.

WOWSHOP berhasrat memanfaatkan faktor pembezanya yang memiliki rangkaian produk versatil dengan pakej promosi eksklusif, kekuatan platform digital dan demonstrasi yang menarik oleh hos-hos rancangan kami yang mahir dan berpengalaman.

WOWSHOP kini menawarkan lebih daripada 6,000 produk di platformnya yang pelbagai, daripada produk rumah kepada produk elektrik, kecantikan, fesyen dan perkhidmatan.Β  70% produk yang dijual dalam rangkaiannya terdiri daripada jenama tempatan termasuk Mugen, Riino, Igozo, Habib Jewels, Simplysiti, Kinohimitsu, Larrie dan Chriszen.

Pelanggan boleh menonton siaran demonstrasi WOWSHOP di pelbagai saluran TV iaitu di TV3, TV9, 8TV, myFreeview (Saluran 104, 106 dan 105), TV Al Hijrah dan tonton.

Pilihan pembayaran juga terdiri daripada:

  • Boost
  • Grab Pay
  • Touch n’ Go eWallet
  • Shopee Pay
  • MAE oleh Maybank2u

Pilihan pembayaran Beli Sekarang Bayar Kemudian melalui :

  • Hoolah
  • Rely
  • Grab Pay Later

Pelanggan boleh membeli produk yang dilihat di TV melalui:

  • Panggilan telefon ke talian bebas tol 1-800-18-0808
  • Dalam talian di laman web www.wowshop.com.my
  • Muat turun aplikasi mobil WOWSHOP daripada Google Play (Android), App Store (iOS) dan Hua Wei App Gallery

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web WOWSHOP di SINI

Written by: Shiqin


Previous post

Yang Hangat

Perang poster makin hangat

KUALA LUMPUR: Sebaik pusingan pertama undian Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 dibuka minggu lalu, perang poster digital antara individu dan kelab peminat melalui media sosial, makin rancak.

today17 September 2021