Dalam industri seni ini ramai selebriti terpaksa bersaing untuk menempa nama, lebih-lebih lagi pada musim PKPP.
Sebagai alternatif lain untuk mencari rezeki, penyanyi Adira Suhaimi kini sedang berjinak-jinak dalam dunia menjual baju bundle atau barangan terpakai berjenama dan vintage.
Memandangkan ibu kepada tiga orang cahaya mata itu baru sahaja di dalam dunia bundle, ada pula peniaga yang mengambil kesempatan.
Baru-baru ini penyanyi lagu Pujaan Hati itu dikaitkan dengan penjualan baju vintage tiruan dan itu membuatkan dia rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenar.
Penyanyi asal dari Ranau, Sabah itu akui bahawa dia sendiri tidak tahu baju berjenama Iron Maiden tersebut ialah tiruan kerana pemilik asal baju berkenaan tidak menjelaskan hal tersebut kepadanya.
“Sebenarnya sis tak tahu menahu dan kurang pasti yang baju tersebut fake tapi beli je sebab niat untuk simpanan sendiri, saya tak jual pun baju tu. Saya dah minta penjelasan daripada penjual dan dia pun terangkan, kami berdamai tiada gaduh,” katanya di dalam Facebook Live yang dimuatnaik pada 10 September lalu.
https://www.facebook.com/adirayayang.adirayayang/videos/2667198596866640/?t=0
Pada masa yang sama Adira juga berharap tiada mana-mana pihak yang mengecam penjual baju berkenaan.
Maklum la, sebagai pendatang baharu Adira sendiri berharap agar dia diberi ruang untuk belajar tentang perniagaan barangan bundle ini.
Diakhir videonya, Adira sempat memaklumkan bahawa kesemua baju Iron Maiden yang dia tunjukkan di dalam Facebook Live itu ialah original, kecuali baju yang menjadi isu itu sahaja.
Kepada semua penjual dan pembeli barangan bundle, make sure double check barangan yang ingin anda jual supaya tidak terjadinya perkara begini.
Kita jadikan isu yang dihadapi Adira ini sebagai pengajaran dan pembelajaran untuk yang baru belajar.
Untuk peminat barangan bundle dan vintage, boleh la cuba tengok sikit koleksi baju yang dijual oleh Adira, mana tahu ada yang berkenan di hati nanti.
Post comments (0)