Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

YDP Agong Tarik Perhatian Netizen Lagi, Kali Ini Cemar Duli Bantu Mangsa Kemalangan

today26 June 2019

Background

Jumaat lalu selepas tularnya foto Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beratur untuk membeli ayam di sebuah premis makanan, hari ini Rabu 26 Jun muncul pula kisah baginda memberi bantuan kepada mangsa kemalangan.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8 pagi tadi di Putrajaya menerusi perkongsian laman sosial rasmi Istana Negara.

https://www.instagram.com/p/BzJxYlin95p/

Berdasarkan tiga gambar disertakan, Al-Sultan Abdullah yang berpakaian sut hitam bertanyakan sesuatu kepada pemandu kereta Jasliza Jamil, 38, yang dilihat tidak mengalami kecederaan serius tetapi dalam keadaan terkejut.

Baginda kemudian meneruskan perjalanan untuk menghadiri Mesyuarat Pra-Kabinet dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Istana Melawati.

Perkongsian berkenaan setakat ini telah menarik perhatian netizen dengan meraih lebih 7,000 likes.

Semoga akhlak baik baginda sentiasa menjadi contoh yang baik buat rakyat jelata. Daulat Tuanku!

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *