“Sebenarnya sudah lama saya mahu memasukkan elemen tarian dan menari dalam persembahan. Tapi, saya tidak punya keberanian itu sebelum ini dan risau cakap orang.”
Itulah luahan Yuna yang mahu menonjolkan elemen tarian tradisional dalam setiap persembahan bagi memaparkan dirinya adalah anak jati Melayu yang cintakan budaya Malaysia.
Bagaimanapun, semalam menerusi satu festival yang diadakan di Genting Highlands Yuna telah memulakan persembahannya dengan paparan yang berlatarbelakangkan mahkota tradisional.
“Saya mendapat keyakinan apabila suami memberi sokongan. Lagipun, saya rasa penting untuk menari dalam persembahan supaya lebih hidup.”
Penyanyi yang popular menerusi lagu Dan Sebenarnya itu juga mahu tarian menjadi sebahagian daripada persembahannya sekarang sesuai dengan konsep album baharunya berjudul Rogue.
Tickets for the #RougeTour are on-sale now! Hope to see you guys out there! ❤️ Tickets: https://t.co/oznusVAdmp pic.twitter.com/AxDKaffmBO
— YUNA (@yunamusic) May 23, 2019
Yuna yang kini berpengkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat kini dalam rangka menjayakan siri jelajah di sekitar AS dan Eropah.
Post comments (0)