Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Zara Zya Tak Cemburu Pun

today7 November 2019

Background

Pelakon, Zara Zya mengambil sikap profesional apabila membenarkan tunangnya, Hafreez Adam untuk melakonkan babak mesra dalam mana-mana tawaran berlakon yang diterima.

“Sayan tak letakkan apa apa had dalam lakonan sebab tak mahu ganggu kerja dia dan dia pun tak mengganggu kerja saya. Kami profesional.

“Kerjaya dah macam ni, jadi janganlah bila dah bertunang nak ada cemburu.

“Yang penting adalah kepercayaan,” katanya ketika ditemu bual wartawan, Azlina Mazli.

Ditanya mengenai dugaan bertunang, pelakon drama Pia itu berkata, segalanya baik-baik sahaja.

“Setakat ini, Alhamdulillah tiada lagi dugaan bertunang tu. Tapi dari segi masa mungkinlah sebab masing-masing sibuk dan buat kami jarang berjumpa.

“Untuk selamat, kami bersepakat untuk relaks sahaja. Cuma saya harap kami cukup kuat untuk hadap apa sahaja dugaan yang datang sampai nikah,” ujarnya lagi.

Zara dan Hafreez yang mula berkenalan pada 2017 telah mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu dalam sebuah majlis tertutup di Sungai Buloh, Selangor.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *