Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Zara Zya Tunda Majlis Perkahwinan… Ini Sebabnya!

today1 July 2019

Background

Pelakon Zara Sya dan Hafreez Adam terpaksa menangguhkan rancangan perkahwinan mereka, gara gara jadual kerja yang terlalu padat.

Ia ditunda ke tahun depan dan berharap segala perancangan menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan.

“Baru-baru ini Hafreez ada bertemu dengan keluarga saya untuk membincangkan beberapa perkara seperti majlis merisik sebelum majlis pernikahan.”

“Majlis perkahwinan tidak akan berlangsung tahun ini. Kami enggan terburu-buru kerana soal nikah kahwin adalah satu tanggungjawab yang besar dan memerlukan persiapan rapi.”

Menurut Zara, selepas impian untuk bernikah tahun ini tidak tercapai, dia dan Hafreez enggan meletakkan sasaran atau tarikh spesifik bagi hari bahagia mereka.

“Bermula awal tahun ini saya sibuk dengan urusan perniagaan manakala Hafreez pula terikat dengan penggambaran drama 80 episod.

“Oleh itu, saya tidak mahu memberikan tarikh kerana enggan menimbulkan salah faham. Nanti, ada yang mengeluarkan spekulasi dan andaian kurang enak sekali gus timbul fitnah.”

Sumber: Harian Metro

Written by: Jay

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *