Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Zharfa Filem Sulung Kaka Azraff

today6 November 2019

Background

Penyanyi dan pelakon, Kaka Azraff bakal tampil dengan filem sulungnya, Zharfa.

Menariknya, filem kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia itu bakal menyaksikan percubaan pertama Kaka bermain dengan emosi penonton.

https://www.instagram.com/p/B3tbt15DUle/

https://www.instagram.com/p/B3zJmawDtua/

“Paling mencabar, saya perlu menjiwai babak Zharfa menangis bila bertemu bapa kandungnya dalam filem ini.

“Selain itu, saya turut luka ketika menjayakan babak aksi dalam filem ini.

“Mujur pengarah banyak membantu saya menjiwai babak itu seperti dikehendaki skripnya dengan baik,” katanya ketika ditemu bual wartawan Ramlah Zainal.

Kaka teruja menantikan reaksi penonton dan berharap filem itu menjadi platform buatnya menembusi pasaran Indonesia

“Pada masa sama, saya tidak sabar menanti reaksi penonton pada filem sulung ini.

“Walaupun masih dalam tempoh berpantang dan berbaki lagi 20 hari, saya tetap mahu menjayakan promosi untuk filem ini,” ujar Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa binti Noor Azraff.

Selain Kaka, filem arahan pengarah Indonesia, Ruli Wanisar itu menampilkan pelakon dua negara berjiran iaitu Donny Alamsyah, Bentari Ayu, Shelomita, Qazem Noor dan ramai lagi.

Sumber: Harian Metro

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *