Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Zizi Kirana Mahu Terus Istiqamah, Jaga Maruah Suami & Keluarga

today20 August 2022

Background

Penyanyi Zizi Kirana mengakui semenjak bergelar isteri dalam usaha perjalanan hijrahnya, beliau mengakui perlu sentiasa istiqamah.

Malah, sebagai inisiatif, anak kelahiran Sabah ini bersikap lebih selektif dalam pemilihan lagu yang bakal dibawakan dalam persembahannya kelak.

β€œAda beberapa lagu lama saya yang mungkin saya tidak akan nyanyikan secara terbuka. Contohnya lagu Siapa Yang Bap Bap dan NAKKETAKNAK.

β€œBagi saya, apabila saya sudah seperti ini (bertudung dan menutup aurat), lebih baik saya memilih untuk menyanyikan lagu yang lebih bersesuaian. Jadi, saya tidak akan nyanyi lagu lama yang tidak seiring dengan imej saya kini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: β€œSaya Tidak Akan Nyanyi Single Lama Yang…” – Zizi Kirana Kini Memilih Lagu Untuk Persembahan

Sementara itu, Zizi Kirana atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, 37, memaklumkan sejak mendirikan rumah tangga, dia juga perlu menjaga maruah suaminya yang juga pelakon, Yusuf Bahrin.

“Sejak bergelar isteri, bila saya melangkah keluar dari rumah, saya sentiasa ingat bahawa saya keluar membawa maruah suami dan keluarga,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Bandingkan Alunan Siti Nurhaliza Mengaji Dengan Zizi Kirana, Imran Ajmain Tegur – β€œTak Perlu Compare”

ARTIKEL BERKIATAN:Tak Bersanding Atas Pelamin, Zizi Kirana Akui Malu – β€œAcara Ini Merupakan Majlis Kesyukuran, Santai Sahaja…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kekal Menjaga Aurat ketika Bercuti, Netizen Akui Kagum Dengan Zizi Kirana

 

Written by: Aqilah


Previous post