Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Zul Ariffin Tak Suka Dikongkong, Mahu Wanita Yang Memahami Karier

today23 September 2020

Background

Pelakon berbadan sasa dan digilai ramai wanita iaitu Zul Ariffin berkongsi baru-baru ini mengenai ciri-ciri wanita pilihannya.

Mengakui dia memerlukan wanita yang faham tentang sikapnya kerana dia seorang yang sangat mengutamakan kerja serta tidak suka dikongkong dalam perhubungan.

https://www.instagram.com/p/B-16Oj7BASP/

Turut mengulas lanjut, Zul berkata sebagai seorang pelakon adalah wajar dan penting baginya untuk lebih mengutamakan kerja kerana peluang tidak datang selalu dan bidang lakonan pula amat diminati.

“Saya sebenarnya bersyukur hingga kini belum berkahwin dan tiada masalah hidup bujang kerana fokus masih boleh ditumpukan sepenuhnya pada berkerja. Apatah lagi, saya sangat sukakan kerja.

“Ditambah dengan situasi sekarang ini, apabila negara masih dilanda penularan wabak Covid-19 dan kita semua pernah melalui pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan mulai Mac lalu.

https://www.instagram.com/p/B4BjBmABYB9/

Dalam pada itu, pada Julai lalu Zul ada mengeluarkan kenyataan dia terpaksa menunda perancangan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini.

Namun Zul sedikit berahsia mengenai identiti sebenar kekasihnya itu, sebelum ini hanya memberi gambaran wanita terbabit bukan selebriti dan tidak beragama Islam. Turut berkata, dalam kenyataannya,  Zul memberitahu ‘si dia’ faham dan tiada halangan apabila keputusan menunda perkahwinan mereka dibuat.

It’s okay Zul, semoga semuanya dipermudahkan. Sama-sama kita nantikan, dah sampai masa nanti Zul pula umumkan perkahwinannya.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *