Masih ingat tak korang dengan filem Remp-It yang mengisahkan kegilaan pemuda terhadap gejala permotoran jalanan yang popular sekitar tahun 2006?
Tahukah anda filem tersebut telah berjaya mencatat kutipan memberangsangkan sehingga mencecah RM4 juta tau!
Disebabkan atas permintaan ramai, Zul Huzaimy baru-baru ini dalam satu kenyataan memaklumkan dia akan meneruskan lakonan untuk watak mat motor samseng yang cukup ikonik dalam Remp-It 2.
Sekuel bagi filem tersebut turut dimaklumkan bakal memulakan penggambaran sekitar Julai ini.
Giat mendapatkan persetujuan beberapa watak untuk Remp-It 2, Zul yang turut menjayakan watak sebagai Spark dalam versi terdahulu sedang mencari calon pelakon untuk watak utama filem itu bagi menggantikan karakter Madi lakonan asal Farid Kamil.
Menurut Zul, babak akhir filem Remp-It meninggalkan pelbagai persoalan kepada umum. Ramai ingin tahu selepas Madi meninggal dunia, apakah yang terjadi kepada pengikutnya.
Turut terkesan, watak Spark selepas seterunya meninggal dunia. Jelasnya, peminat akan menemui kesemua jawapan terhadap setiap persoalan itu dalam filem Remp-It 2.
“Saya juga sedang giat mendapatkan persetujuan watak-watak terdahulu untuk membuat kemunculan dalam sekuel filem ini, selain mencari pengganti watak Madi.”
Zul turut menyatakan dia ingin mencari pelakon yang setanding dengan Farid untuk terlibat dalam filem ini, walaupun watak yang digalas pelakon itu sudah meninggal dunia dalam filem tersebut.
Zul secara peribadi juga telah bertemu dengan Ahmad Idham, pengarah asal filem berkenaan untuk memohon izin daripadanya bagi menyambung sekuel filem itu.
Menurutnya, Ahmad Idham menyambut baik cadangan mereka selain memberikan sokongan penuh terhadapnya.
Post comments (0)