Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

10 Minit, Lagu Siap!

today8 October 2019

Background

Penyanyi dan pencipta lagu, Haqiem Rusli tidak menyangka single Luka dan Bahagia diterima ramai, malah trending di laman Youtube sejak dimuat naik pada 27 September lalu.

Menariknya, lagu yang dicipta khas untuk juara sebuah program realiti nyanyian itu hanya mengambil masa 10 minit untuk disiapkan.

“Single Luka dan Bahagia saya siapkan dalam tempoh 10 minit. Cuma liriknya sahaja mengambil sedikit masa.

“Lagu ini adalah mengenai cinta. Kalau difahami bait liriknya, ia bukan cinta biasa kerana ada nasihat terselit dalam lagu ini.

“Karya ini berkisar bagaimana seorang lelaki ditinggalkan wanita dicintai kerana situasi melanda. Pada suatu ketika, apabila lelaki itu sudah berjaya, wanita itu datang menagih cintanya,” katanya.

Bercerita mengenai kelainan, Haqiem turut memasukkan elemen Korea ke dalam single terbabit dan dia seakan tidak percaya lagu ciptaannya itu mendapat reaksi positif.

“Saya cipta lagu ini tanpa meletakkan harapan tinggi. Lagu ini istimewa kerana dinyanyikan artis Korea dalam bahasa Melayu dan diterima ramai,” ujarnya lagi.

Haqiem aktif mencipta lagu untuk artis tempatan antaranya Pesan nyanyian Irfan Haris, Tersiksa (Putera Band), Aku Sendiri (Sufi Rashid), Aku Yang Bersalah (Usop), Kenangan (Zack Zakwan) dan Ibu (Tajul).

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *