Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

5 Artis Malaysia Yang Bakal Menimang Cahaya Mata

today23 April 2020

Background

Sama ada kelahiran pertama mahupun kelahiran berikutnya, persediaan menyambut ahli baru dalam keluarga sememangnya penuh keterujaan.

Jom kita tengok siapa artis Malaysia yang bakal menimang cahaya mata pada tahun 2020!

1. Fazura

Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi, Nur Fazura yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi!

Pada 17 April lalu, isteri kepada aktor Fattah Amin ini berkongsi berita gembira apabila mengesahkan dirinya hamil empat bulan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Fazura difahamkan tidak mengalami alahan seperti yang sering dihadapi ibu mengandung.

2. Fasha Sandha

Siapa yang tidak kenal dengan aktres jelita ini kan? Fasha yang berkahwin kali kedua dengan pelakon, Aidil Aziz pada Mac tahun lalu bakal menimang cahaya mata pertama bersama Aidil.

Namun, disebabkan pernah mengalami keguguran pada usia enam minggu kehamilan sekitar Jun tahun lalu, Fasha membuat keputusan merahsiakan usia kandungannya daripada peminat.

Menerusi perkahwinan pertamanya, bintang jelita itu dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

3. Ardell Aryana

Isteri kepada aktor, Nadzmi Adhwa iaitu Ardell Aryana kini juga sedang menantikan kehadiran ahli keluarga baru.

Biarpun kandungan telah memasuki usia lapan bulan, Ardell masih aktif menyertai suami melakukan misi bantuan untuk mangsa yang terjejas akibat Covid-19.

Semoga ibu dan bayi sihat sentiasa dan dipermudahkan segala urusan okay!

4. Eyra Hazali

Hanya selepas tiga bulan berkahwin, rezeki datang menjengah awal apabila pelakon Eyra Hazali mengumumkan dirinya berbadan dua dan kini kandungan telah memasuki usia 21 minggu.

Eyra mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November 2019 selepas dua tahun berkenalan.

Hm, agak-agak baby girl ke baby boy?

5. Julia Ziegler

Dalam diam-diam, akhirnya Julia Ziegler mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata kedua penghujung Jun depan!

Berita gembira itu dikongsikan menerusi akaun Instagram pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu, memberitahu kandungannya telah mencecah tujuh bulan.

Julia mendirikan rumah tangga bersama seorang jurutera mekanikal bernama Johan pada 1 Januari 2017 dan pasangan itu memiliki seorang anak perempuan, Ivana Johan berusia setahun tiga bulan.

Tahniah semuanya! Didoakan agar proses bersalin nanti berjalan lancar dan dipermudahkan.

Written by: Jay

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *