Ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Malaysia sejak 18 Mac lalu, pastinya pelbagai perancangan yang telah dilakukan tidak mampu dibuat bagi mengelak penyebaran wabak COVID-19.
Antara yang terkesan pastinya perancangan syarikat-syarikat, industri persukanan, malah konsert-konsert yang dijadualkan turut ditunda dan yang paling pilu mestilah pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga.
Ini kerana kerajaan telah melarang perhimpunan awam yang melibatkan ramai orang berkumpul ataupun aktiviti yang terbuka termasuklah majlis perkahwinan.
Sehubungan itu, rata-rata yang sudah merancang untuk berkahwin pada tahun ini bermula hujung Mac lepas sudah pun menangguhkan hasrat mereka kerana saranan daripada kerajaan dan tidak mahu menjadi punca penyebaran wabak tersebut.
Bagaimanapun, beberapa hari lalu media cetak telah mengeluarkan berita mengenai pernikahan dalam talian dibenarkan melalui sidang video walaupun rakyat Malaysia ketika ini sedang menjalani tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tinjauan melalui laman Twitter mendapati seorang gadis telah berkongsi pengalaman indahnya bergelar isteri melalui perkahwinan dalam talian.

Ciapan tersebut sekaligus mendapat lebih daripada 33,000 perkongsian selain dia dihujani ucapan tahniah daripada orang awam.
Malah, ada yang bertanya tentang cara-cara yang dilakukannya untuk mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa bagi melangsungkan pernikahan secara dalam talian.
Ikuti cara-caranya di bawah:-

Bagaimanapun, setakat ini hanya beberapa negeri sahaja yang membenarkan pasangan dinikahkan menerusi dalam talian termasuklah Selangor.
Tahniah diucapkan kepada pasangan, semoga bahagia hingga ke akhir hayat..
Post comments (0)