Menjadi lumrah dan kewajipan bagi setiap bayi yang baru lahir diberi nama yang indah oleh keluarga kerana nama itu menjadi pengenalan buat si anak sehingga umurnya meningkat dewasa.
Nama juga adalah aspek penting dalam islam kerana seseorang itu akan diseru dengan namanya pada hari akhirat kelak.

Kisah yang diceritakan oleh pengguna Twitter @ptr_zzh lain macam sikit kali ini, apabila seorang nenek mencadangkan beberapa nama arab yang unik kepada cucunya.
Antara nama diberikan oleh nenek itu adalah Zanjabeela, Kurkuma atau Kalanjan yang pada awalnya ‘disangkakan’ memberi maksud kesembuhan.
Lalu, si ibu yang mahukan kesahihan kemudian bertanyakan makna nama-nama itu kepada seorang ustazah yang mempelajari kos bahasa arab.
Lihatlah jawapan yang diberikan…boleh tahan kelakar!
Nenek zaman now nak letak nama cucu hipster lain mcm ehh..
Tak kira lahh maksud apa punnn.. semua nak di"arab"kan.Nama asal bunyi mcm a lots of mix ni kira gempak laa..
😂 pic.twitter.com/S9cLFfuxRQ— 3.14 (@IzzahAbdGhafar) September 8, 2019
Bukan ustazah je yang terhibur, rata-rata netizen juga turut geli hati dan berdekah dengan jawapan ‘logik’ ustazah ini.
https://twitter.com/alAvicennisme/status/1171419000825188353
https://twitter.com/wmziqri/status/1171404605009231877
https://twitter.com/araliciouss/status/1171407180945330177
Kesian nama kurkuma tu orang tanya apa maksud nama , dia jawab kunyit 😹
— belle (@nblamstpa) September 10, 2019
https://twitter.com/vikaaaa_said/status/1171363418382581760
Sehingga kini, perkongsian foto itu telah menarik perhatian ramai dengan lebih 9.4K retweets dan 4.4K tanda suka dari netizen.
Post comments (0)