Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Nenek Cadangkan Nama Cucu Ala-Ala Arab, Tapi Maksudnya Bikin Geli Hati!

today12 September 2019

Background

Menjadi lumrah dan kewajipan bagi setiap bayi yang baru lahir diberi nama yang indah oleh keluarga kerana nama itu menjadi pengenalan buat si anak sehingga umurnya meningkat dewasa.

Nama juga adalah aspek penting dalam islam kerana seseorang itu akan diseru dengan namanya pada hari akhirat kelak.

Kisah yang diceritakan oleh pengguna Twitter @ptr_zzh lain macam sikit kali ini, apabila seorang nenek mencadangkan beberapa nama arab yang unik kepada cucunya.

Antara nama diberikan oleh nenek itu adalah Zanjabeela, Kurkuma atau Kalanjan yang pada awalnya ‘disangkakan’ memberi maksud kesembuhan.

Lalu, si ibu yang mahukan kesahihan kemudian bertanyakan makna nama-nama itu kepada seorang ustazah yang mempelajari kos bahasa arab.

Lihatlah jawapan yang diberikan…boleh tahan kelakar!

Bukan ustazah je yang terhibur, rata-rata netizen juga turut geli hati dan berdekah dengan jawapan ‘logik’ ustazah ini.

https://twitter.com/alAvicennisme/status/1171419000825188353

https://twitter.com/wmziqri/status/1171404605009231877

https://twitter.com/araliciouss/status/1171407180945330177

https://twitter.com/vikaaaa_said/status/1171363418382581760

Sehingga kini, perkongsian foto itu telah menarik perhatian ramai dengan lebih 9.4K retweets dan 4.4K tanda suka dari netizen.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *