Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Akaun Instagram Baru Putera Harry dan Isteri Pecah Rekod!

today5 April 2019

Background
Guinness World Book Records mengumumkan Putera Harry dan isterinya Meghan Markle memecahkan rekod apabila mencapai sejuta pengikut di Instagram baru mereka , sejurus dilancarkan dalam tempoh kurang 6 jam!

Akaun SUSSEXROYAL dicipta bagi berkongsi tugas-tugas mereka, badan yang disokong , pengumuman penting dan perbincangan isu penting.

https://www.instagram.com/p/BvwZTPgBsvT/?utm_source=ig_web_copy_link

Meghan dan Harry memecah rekod dipegang sebelum ini oleh penyanyi K Pop, Kang Daniel yang mencapai sejuta pengikut dalam tempoh 11 jam 36 minit.
Mereka turut memuatnaik gambar yang belum pernah dikongsi sebelum ini, iaitu ketika melawat Botswana pada 2017, detik-detik yang dikatakan permulaan hubungan cinta mereka sejak menjalin hubungan pada 2016, dan juga lokasi Meghan menyambut hari jadinya yang ke 36.

Pasangan diraja itu sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka.
Mereka juga sudah keluar dari Istana Kensington dan berpindah ke rumah baharu mereka di Windsor.

Dalam kemaskini terbaru, akaun sussexroyal telah mempunyai lebih 3 juta pengikut dan 4 post.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *