Selepas lebih tiga tahun hidup sebagai ibu tunggal, pelakon Fasha Sandha kini semakin bahagia melayari kehidupan rumah tangga bersama Aidil Aziz.
Namun disebabkan sudah terbiasa hidup seorang, Fasha tidak terlepas daripada insiden lucu di awal perkahwinan apabila dia ‘terlupa’ sudah bersuami setiap kali terjaga dari tidur.
Awal-awal memang macam tu agaknya. Perlu masa juga sebelum kita nak terbiasa kan!
“Memandangkan saya sudah tiga tahun lima bulan jadi ibu tunggal, saya ada momen terlupa ada suami di sebelah semasa bangun tidur.
“Saya lupa selepas bangun tidur kena gosok baju suami. Siapkan sarapan pagi. Apabila ingat balik momen itu saya hanya tergelak sendiri,” katanya.
Hm…mungkin Fasha juga sudah terbiasa hanya menguruskan hal anak-anak sebelum ini kerana dirinya juga sibuk bekerja.
Lepas ni selalu bisik dalam hati dah ada suami ya, takut nanti kecik pula hati encik suami tu hehehe…
Fasha dan Aidil selamat bergelar suami isteri Sabtu lalu dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan di kampung halaman Fasha di Perlis.
Post comments (0)