Penyanyi, Andi Bernadee, 29, mula mencuri ‘telinga’ pendengar selepas menggabungkan rentak pop Amerika dengan rentak Latin di dalam single Satu Peluang dan Donde.
Pada 14 Februari lalu, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu telah melancarkan single terbaru berjudul Shimmy di semua pelantar digital.
https://www.instagram.com/p/B8it7MvHZtz/
Untuk pengetahuan, Shimmy merupakan single kelima Andi dan dia sekali lagi bekerjasama dengan rapper dan penerbit tersohor, Alif yang juga bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman lagu tersebut.
Masih mengekalkan unsur muzik Latin dalam susunan muziknya, Shimmy membawa maksud goyang dan ia merupakan terbitan Warner Music Malaysia.
Jom kita goyang!
Post comments (0)