Sebelum ini, penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee pernah memuat naik video lamanya di media sosial Instagram yang menunjukkan bagaimana dirinya tidak pernah berputus asa dalam bidang nyanyian.

Jika kita lihat, sebenarnya Andi Bernadee dah mencuba nasib dalam bidang nyanyian sejak 2008. Melalui kapsyen “GAGAL ? Aku takkan pernah penat”. Sebenarnya, andi telah meninggalkan satu hint untuk peminatnya iaitu AndiDears.
Awalnya, ramai pihak yang ingatkan Andi Bernadee sudah penat. Rupanya ia adalah satu cuitan manja yang Andi tinggalkan sebab nak beritahu bahawa akan ada satu single terbaru darinya yang bertajuk ‘Penat’.
Andi Bernadee juga telah berkongsi tarikh bahawa single terbaru ‘Penat’ akan direlease pada 16 September ini dan ianya telah mendapat respons yang baik daripada banyak pihak, utamanya AndiDears. Selain itu, Andi Bernadee juga telah berkongsi photo teaser ‘Penat’ dan seperti yang kita tahu, Andi Bernadee memang selalu hadir dengan konsep yang unik dan lain dari yang lain.
Ini merupakan lagu terbaru Andi Bernadee selepas Shimmy yang mendapat perhatian ramai pihak sejak Mac lalu.
Post comments (0)