Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Lagu Baru Yuna ‘Shooting’ Di Perlis Dilancarkan Esok!

today4 April 2019

Background

Berdebar-debar dan excited rasanya nak tunggu lagu dan muzik video baru Yuna yang bertajuk Forevermore!

Mana taknya, muzik video tersebut menjalani penggambaran di sebuah stesen minyak lama di Kangar, Perlis kot!

Bagaimanapun, Yuna menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan ia bakal dilancarkan pada 5 April (esok).

Dengan teknik pencahayaan dan suntingan yang menarik, stesen minyak itu kelihatan seperti di luar negara.

Yuna betul-betul buat lokasi lokal ini bak kata omputeh: to the next level!

Yuna menerusi laman Instagram miliknya turut menceritakan pengalaman lama.

“Muzik video ini didedikasikan kepada semua stesen minyak di pekan-pekan kecil di utara Malaysia. Saya dan teman akan bahagikan minyak kereta berharga RM15 dalam kereta Kancil dan pandu selama 40 minit ke bandar terdekat.”

https://www.instagram.com/p/Bvwrkr8n1mI/

Selain stesen minyak yang dipaparkan, netizen turut tertarik dengan penggunaan kereta legenda Malaysia, Proton Saga dalam muzik video Forevermore.

https://www.instagram.com/p/Bvzv-zzHM59/

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *