“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa…”
Itulah pepatah yang tepat bagi menggambarkan kisah yang berlaku di Kemboja apabila seorang bapa sanggup berkorban masa dan tenaganya untuk menganyam tali rafia sehingga menjadi sebuah beg sekolah khas buat anak lelakinya.
Kisah itu menarik perhatian netizen menerusi laman sosial Facebook apabila ia dikongsi oleh pengguna laman dengan nama Sophous Suon.
Posting itu turut disertakan dengan beberapa keping foto menunjukkan beg sekolah berkenaan yang dilihat diperbuat menggunakan anyaman tali rafia biru.

Beg tersebut juga dilengkapi dua tali hitam serta kancing yang dijadikan sebagai penutup beg itu.
Malah, beg tersebut juga kelihatan mampu untuk membawa beberapa buku sekolah.
Menurut individu yang memuat naik gambar-gambar berkenaan, beg tersebut dianyam oleh bapa kanak-kanak lelaki tersebut kerana bapanya tidak mampu membelikannya beg sekolah yang sebenar.
Perkongsian tersebut mendapat lebih dari enam ribu perkongsian di laman berkenaan.
https://www.facebook.com/alway.smile.758/posts/1380883075412376
Sebak kan? Semoga kisah kali ini dapat memberi inspirasi buat anak-anak supaya belajar rajin-rajin agar menjadi seorang yang berguna dan dapat berbakti kepada kedua ibu bapa bila besar nanti.
Post comments (0)