Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bella Astillah Akhirnya Bersuara, Buat Keputusan

today14 May 2019

Background

Setiap wanita yang mendirikan rumah tangga tidak menginginkan perceraian dan seboleh-bolehnya mahu menyelamatkan perkahwinan tatkala dilanda masalah.

Terbaru, tidak pernah serik apabila foto penyanyi Aliff Aziz  sekali lagi tersebar di media sosial berlaku curang dengan seorang gadis sambil berpelukan dan Aliff tidak mengenakan baju.

Sudah berkali-kali isteri kepada penyanyi itu Bella Astillah memaafkan suaminya, nampaknya kelakuan curang Aliff kali ini benar-benar menguji tahap kesabaran isterinya itu.

Hari ini Bella tampil membuka mulut memberi ‘jawapan akhir’ kepada segala pertanyaan yang membelenggu fikiran peminat.

Menerusi laman Instagramnya, Bella menjelaskan segalanya.

https://www.instagram.com/p/Bxbw1nxAASi/

Lantas, ramai netizen dan rakan artis yang meluahkan rasa simpati dan memberi kata semangat kepada Bella kerana dia begitu kuat menempuh pelbagai cabaran dan dugaan hidup.

Semoga keputusan ini yang terbaik untuk Bella dan kita seharusnya hormati permintaannya yang memerlukan masa untuk diri sendiri.

Apa pun, bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor. Doakan yang baik-baik buat Bella.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *