Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Beri Bayangan Bakal Timang Anak, Ramai Doakan Aiman Hakim Redza & Zahirah Macwilson

today1 September 2020

Background

Selepas melangsungkan pernikahan pada Februari 2020, pasangan pelakon Aiman Hakim Redza dan Zahirah Macwilson memberi bayangan mereka bakal menimang cahaya mata.

Perkara itu dapat dihidu pengikut mereka selepas menonton sebuah video yang dimuat naik di laman Youtube milik pelakon berkenaan.

Pada akhir rancangan yang diberi tajuk Private Pages itu, dapat didengari bahawa mereka berdua seperti menangis dalam kegembiraan.

Bahkan kalau diperhati pada minit ke 2:17, seakan ada ‘baby bump‘ yang kemudiannya ditutup dengan bantal.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata mendoakan kebahagiaan pasangan ini selain dihujani dengan ucapan tahniah sekiranya berita kehamilan itu benar.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar segala urusan pasangan ini dipemudahkan..

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *